Khamis, 26 Mei 2011

Pai Crustless

Assalammualaikum..

Saya nak kongsi satu resepi pulak kali ini,yang saya ambil daripada Buku '1 Hari 1 Resepi nukilan Chef Hanieliza'. Jangan lupa dapatkan buku ini di Kedai Buku Popular berhampiran anda. Buku ini didalamnya terdapat banyak resepi yang dapat dijadikan panduan untuk semua para isteri yang buntu memikirkan makanan yang perlu dihidangkan pada keluarga. 

.BAHAN A

300 gram Daging kisar
200 gram Udang (Dibuang kulit)
5 btg Sosej (Dipotong kecil)
10 biji Cendawan butang (Dipotong kecil)
2 biji Tomato (Dipotong kecil)
1 biji Capsicum merah (Dipotong dadu)
1 biji Capsicum hijau (Dipotong dadu)
1 labu Bawang besar (Dipotong dadu)
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan serbuk oregano
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

BAHAN B (Untuk Doh Pai)

1 cawan Susu segar
5 biji Telur ayam
125 gram Keju Cheddar (Dihiris)

CARA MEMBUAT

1.  Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu. Masukkan daging kisar.
2.  Masukkan sosej dan kacau.
3.  Masukkan serbuk lada hitam dan serbuk oregano. Kacau lagi.
4.  Masukkan tomato, capsium merah dan hijau, cendawan butang dan garam. Biarkan sehingga masak dan ketepikan.
5.  Kemudian, masukkan susu segar dan telur ke dalam mangkuk tahan panas. Kacau rata.
6.  Masukkan keju Cheddar dan bahan inti. Kacau rata.
7.  Susunkan udang dan bakar di dalam oven pada suhu 180'C selama 1 jam.
8.  Sedia dihidangkan.

Okey, cubalah buat resepi ni, sedap tau. Ini makanan yang suami saya suka, dia cakap rasa macam pizza. Sekian.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan