Sabtu, 7 Mei 2011

Happy Mother's Day...

Assalamualaikum...

   Anda seorang ibu atau bakal menjadi ibu? Kalau ye, tahniah saya ucapkan. Sempena hari ibu ini kita akan mengupas tentang wanita yang bergelar ibu. Pasti semua amat menyanyangi ibu kamukan? Begitu juga saya. Saya kini mempunyai dua orang ibu iaitu emak kandung  dan juga mak mertua saya.
     Menjadi ibu adalah sesuatu yang menjadi idaman setiap wanita sepertimana diri saya sendiri, tetapi bukan semua wanita yang bernasib baik menerima kurnian yangn amat teristimewa itu. Betapa bertuahya wanita yang bergelar ibu ini, kerana Allah telah mengangkat dirinya ke satu kedudukan yang paling tinggi dalam kehidupan ini. Ini adalah status istimewa yang dikurniakan Allah, sejak dari kejadian alam, kepada golongan wanita yang menjadi pilihan-Nya.
    Seorang ibu yang melahirkan anak dengan semangat yang tinggi dan sanggup berkorban demi anaknya agar anak itu dapat hidup di dunia ini. 9 bulan 10 hari  ibu kita mengusung kita kesana kemari tanpa rasa penat atau mengeluh dengan beban di perut. Ibu tidak pernah merungut semua itu, malah dia tidak sabar untuk menunggu keluar zuriat yang dikandunginya. Bertapa berjasanya seorang ibu itu? Itu belum termasuk ketika mengeluarkan kita dari perutnya. Bertapa dia berpenat lelah dan berkorban nyawa untuk melahirkan kita supaya hidup di bumi Allah, supaya kita dapat menjadi insan yang berguna dan anak yang soleh solehah satu hari nanti.
    Ibu yang menjaga kita sejak dari lahir lagi. Dia yang menjaga, mendodoikan, menyusukan,memujuk dan segalanya yang dilakukan oleh seorang ibu biarpun anaknya seramai pemain bola sepak sekalipun. Dia tertap menjaga anaknya dengan baik dan mengharapkan yang terbaik untuk semua anaknya sepertimana yang diperkatakan oleh Sophia Loren, “Seseorang ibu terpaksa berfikir dua kali sebelum melakukan sesuatu perkara, sekali untuk dirinya dan sekali  lagi untuk anaknya.” dan Nabi Muhammad SAW menegaskan bertapa istimewanya kedudukan ini apabila dia menasihatkan seorang sahabat agar menhormati ibunya.
“Muawiyah Ibn Jahimah mengatakan bahawa dia pernah pergi bertemu Rasulullah SAW dan berkata : “Ya Rasulullah! Aku berhajat untuk pergi berjihad. Aku datang meminta nasihat darimu.” Rasulullah SAW : “Adakah ibumu masih hidup?” “Ya”jawab jahimah. Rasulullah SAW kemudian berkata: “Jagalah dia, sesungguhnya Syurga itu terletak di bawah kakinya.”
            -An-Nasa
  
     Hadis diatas menerangkan bahawa betapa hebatnya kedudukan yang diberikan oleh Allah kepada golongan wanita yang bergelar ibu ini kerana syurga terletak dibawahnya kakinya. Memang cukup maha hebat. Ini adalah kunci untuk memasuki Syurga iaitu dengan mengasihi dan menghormati ibu kita terutamnya kepada lelaki. Walaupun lelaki itu sudah berkhwin sekalipun ibu nombor satu manakala isteri nombor dua. Buat para isteri kerana terima dengan redha semua itu.
  Kita kena ingat jagalah ibu bapa kita sepertimana dia menjaga kita dengan cukup segalanya. Ingatilah bahawa merekalah yang melahirkan kita di dunia tanpa mereka tiadalah kita.
  Dengan ini,pergilah kepadanya sekarang. Kucuplah tangannya dan bahgiakanlah dirinya. Usaplah pipinya dan ucapkan yang anda menyayangi dan menghargainya. Laksanakanlah tanggungjawab anda supaya kita mendapat tempat di Syurga. INGAT TU!!!!!!!!!!!

SAYA UCAPKAN SELAMAT HARI IBU BUAT IBU TERSAYANG PUAN YA'ANI MOHD YACCOB DAN IBU MERTUKU YANG DIRINDUI PUAN NORAINI DAUD MOGA SIHAT HENDAKNYA... KAK LONG DAN ABANG SAYANG YOU ALL.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan